 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
 By: The T Shop
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Thursday, 10-Jan-2008 10:04 |
Email | Share | Bookmark |
|
F.A.Q
|
|
Sedikit info untuk menjawab segala persoalan anda mengenai TSHOP.
Apa perkhidmatan yang ditawarkan di TSHOP?
TSHOP menawarkan perkhidmatan percetakan pada baju dan cenderahati seperti di kemeja T, mug, jigsaw puzzle, metal plat, kristal dan banyak lagi. Selain itu TSHOP juga membekal barang - barang tersebut kepada pelanggan. TSHOP menawarkan kaedah percetakkan silk screen, heat transfer dan sulaman (embroidery).
Adakah TSHOP milik Bumiputera?
Ya. TSHOP adalah 100% milik syarikat BUMIPUTERA.
Dimanakah premis terdekat TSHOP yang boleh saya kunjungi?
Setakat ini TSHOP hanya mempunyai satu (1) premis di Galaxy Ampang Shopping Centre. Ianya dibuka pada setiap hari kecuali Isnin dari pukul 12 tgh hari hingga 9.30 mlm.
Bagaimana untuk mendapatkan harga dan membuat tempahan untuk custom design?
TSHOP mempunyai beberapa kriteria untuk dipertimbangkan sebelum mengeluarkan sebut harga kepada pelanggan.
1. Kuantiti
2. Jenis baju contohnya Round Neck T shirt, Collar T shirt, Windbreaker, Tracksuits etc. Sekiranya bukan di atas baju atau anda mahukan material kain yang khusus, sila nyatakan material tersebut.
3. Design. Kami perlu melihat design yang ingin dicetak. Kami akan evaluate design melaui penggunaan warna dan sebagainya.
4. Jenis cetakkan sama ada silk screen, heat transfer ataupun sulaman (embroidery)
Bagaimana untuk menghantar design?
Anda boleh emailkan kepada kami di amd.supply@gmail.com atau datang terus ke Galaxy Ampang Shopping Centre dengan membawa pen drive / memory card.
Bagaimanakah untuk mengetahui saiz seseorang itu?
Kami menggunakan ukuran inci. Untuk mengetahui ukuran anda boleh menggunakan pita pengukur dan lilitkan di bahagian dada sekiranya ukuran lilitan +- 40" maka saiz org itu adalah M. Beza di antara saiz adalah 2 inci, ini bermakna 1 inci dibahagian kanan dan 1 inci di bahagian kiri
Mengapakah harga baju ready made design bagi dewasa dan kanak-kanak sama di TSHOP?
Harga baju kedua - dua saiz tersebut adalah sama kerana material kain dan cetak yang digunakan adalah sama.
Apakah kelebihan TSHOP?
TSHOP mengambil tempahan seminimum 1 helai untuk custom design! TSHOP juga tidak mengambil caj blok untuk silkscreen dan sulaman (embroidery) KECUALI caj artwork akan dikenakan sekiranya design dihantar menggunakan lukisan tangan. TSHOP juga memberikan perkhidmatan On The Spot Printing menggunakan kaedah Heat Transfer.
TSHOP juga boleh memberikan harga istimewa untuk agen atau individu yang ingin menambah pendapatan. Hubungi kami atau datang sendiri ke premis kami untuk mengetahui lebih lanjut
Sekian.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|